Contest

Tiktok #RayaMestiRaya

Tiktok #RayaMestiRaya

TERMA & SYARAT PERADUAN TIKTOK #RAYAMESTIRAYA

 

Peraduan TikTok “#TescoRayaMestiRaya” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (“Penganjur”). Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju untuk terikat serta mematuhi terma dan syarat, yang akan mengikat dan membentuk perjanjian yang sah di antara anda dan pihak Penganjur. Pihak Penganjur berhak untuk memindah, menambah atau mengeluarkan mana-mana terma dan/atau syarat mengikut budi bicaranya tanpa sebarang notis. 

 

Tempoh Peraduan: 

 

  1. Peraduan ini akan bermula dari tarikh 19 April 2021 dan tamat pada 8 Mei 2021.

     

  2. Pihak penganjur boleh melanjutkan tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis mengikut budi bicara Penganjur secara tunggal dan mutlak .

     

    Kelayakan:

     

  3. Peserta mestilah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah (NRIC) bernombor (12-digit) dan mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tempoh penyertaan. 

     

  4. Orang/entiti yang tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ini:
    1. Pekerja tetap dan / atau pekerja sambilan Pihak Penganjur (dan berkaitan dengan syarikat berkenaan) dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing); dan 
    2. Wakil dan / atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan pihak pengurusan 

      peraduan) pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing)

       

      Penyerahan Peraduan: 

       

  5. Untuk menyertai Peraduan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    Rakamkan video anda yang paling kreatif dan menarik di TikTok mengikut format berikut:

    Langkah 1: Tunjukkan jumlah duit yang akan anda belanjakan untuk membeli barangan untuk sambutan Raya..

    Langkah 2: Tunjukkan produk yang anda boleh beli di stor kami menggunakan jumlah wang tersebut.

    Langkah 3: Lengkapkan video anda dengan gerakan tarian istimewa dan sertakan juga hashtag #TescoRayaMestiRaya

     

  6. Penyertaan yang paling kreatif akan memenangi:

    Hadiah Utama: RM2,000 wang tunai x3 pemenang

    Hadiah Saguhati: RM200 baucar Tesco x20 pemenang

     

    Tempoh Kelayakan:

     

  7. Semua penyertaan perlu dihantar dalam tempoh tarikh kelayakan.

    Pihak Penganjur akan mengumumkan pemenang-pemenang Peraduan ini dengan menyiarkan nama mereka di laman Facebook Tesco Malaysia pada 24 Mei 2021.

     

  8. Pihak penganjur akan tag pemenang di ruangan komen pada pos pengumuman pemenang. Ini tertakluk kepada tetapan privasi / tagging pemenang di Facebook. Pemenang juga dikehendaki untuk menghantar mesej peribadi kepada Facebook Tesco Malaysia dengan butiran berikut:
    1. Nama penuh 
    2. b.No. Kad Pengenalan 
    3. c.No. Telefon Bimbit 
    4. E-mel 
    5. Alamat Rumah

       

  9. Pemenang harus membekalkan maklumat yang diperlukan kepada pihak Penganjur dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman.

     

  10. Pemenang harus memilih sama ada mereka ingin memungut sendiri hadiah tersebut di ibu pejabat kami (Tingkat 3, Kepong Village Mall) (Isnin-Jumaat dari 9am hingga 5pm) atau melalui penghantaran ke alamat rumah pemenang (atas risiko sendiri). Penganjur akan menghubungi pemenang untuk pengesahan.

     

  11. Sekiranya pemenang memilih untuk penghantaran hadiah ke alamat rumah, hadiah akan dihantar ke alamat rumah pemenang dalam tempoh tidak lebih daripada 4 minggu dari tarikh Pemberitahuan dibalas. Walau bagaimanapun, sekiranya Penganjur diminta untuk menghantar / mengirimkan hadiah kepada pemenang, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap ketidakterimaan Hadiah atau sebarang kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran. Tiada penggantian dan / atau pertukaran Hadiah yang akan dilakukan, dan sebarang permintaan tidak akan dilayan.

     

  12. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi tidak lebih daripada satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh Peraduan.

     

  13. Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu dan semua hadiah tidak boleh ditukar milik kepada individu lain dan sebarang keputusan Penganjur dalam perkara ini tidak boleh dirunding.

     

  14. Sekiranya atas apa jua sebab pemenang tidak bertindak balas terhadap pemberitahuan yang telah dibuat dalam tempoh yang telah diberikan, hadiah tersebut akan dibatalkan. Penganjur tidak akan membayar ganti rugi atau memberi pampasan atau memberikan sebarang masa lanjutan terhadap pemenang.

     

  15. Semua hadiah yang diberikan adalah dalam keadaan sedia ada dan tidak boleh ditukar, dipindah milik, atau ditukar dengan wang tunai, kredit , barangan lain atau baucar sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya 

     

  16. Pihak penganjur tidak akan membuat sebarang jaminan atau representasi dalam apa jua perkara berkaitan dengan hadiah dan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua isu dan / atau kerosakan yang berlaku.

     

  17. Semua pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan / atau kos lain, yuran dan / atau berkaitan dengan perbelanjaan yang terlibat dalam peraduan adalah tanggungjawab sendiri pemenang.

     

  18. Sekiranya pihak penganjur dikehendaki menghantar / kurier hadiah kepada pemenang, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap hadiah yang tidak diterima atau kerosakan yang berlaku ketika proses penghantaran. Tiada penggantian dan / atau penukaran hadiah yang akan dilayan.

     

    Terma & Syarat lain: 

     

  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk (i) menggunakan nama dan / atau gambar sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan / atau publisiti ; dan / atau (ii) untuk mendedahkan butiran kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan / atau rakan kongsi yang terlibat dengan pihak penganjur untuk tujuan peraduan dan / atau mana-mana kaji selidik untuk memahami tingkah laku pembelian peserta. Kesemua pengumpulan dan penggunaan maklumat peserta adalah mengikut terma Dasar Privasi kami.

     

  20. Keputusan penganjur dalam setiap perkara yang berkaitan dengan peraduan ini adalah muktamad dan terikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian bagi menafikan keputusan penganjur tidak akan dilayan. 

     

  21. Dengan menyertai peraduan ini, anda juga mengakui dan faham bahawa promosi ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir atau dikaitkan dengan Instagram mahupun Facebook. 

     

  22. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membuang atau menambah mana-mana Terma dan Syarat peraduan ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui mesej di Facebook di halaman Facebook Tesco Malaysia pada Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang

 

 

19/4/2021 8/5/2021