Contest

Peraduan #TescoDedikasiRaya

Peraduan #TescoDedikasiRaya


Soalan Lazim Peraduan Tesco #DedikasiRaya (27 April hingga 31 Mei 2020)

1.Apakah itu Tesco #DedikasiRaya?
Dedikasi Raya adalah satu peraduan yang memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan terpilih yang kongsikan resipi makanan sempena Ramadan dan Raya dengan mendedikasikan masakan tersebut untuk orang yang tersayang walaupun mereka berjauhan dalam keadaan yang tidak menentu ini. 
Ini juga adalah satu cara menarik untuk mereka berkongsi resipi kepada keluarga ataupun kawan-kawan yang berminat dalam mencuba hidangan itu. Gambar yang paling kreatif, diikuti dengan keterangan yang menarik  akan memenangi Baucer Tunai Tesco yang berjumlah RM500.

2.Berapa lama peraduan ini akan dijalankan? 
27 April 2020 sehingga 31 Mei 2020

3.Bagaimana caranya untuk menyertai peraduan ini? 
Anda hanya perlu kongsikan gambar hidangan anda dan nyatakan dalam tulisan, kepada siapa hidangan istimewa ini anda ingin dedikasikan dan kenapa di ruangan komen siaran Tesco #DedikasiRaya. 
Jangan lupa untuk letakkan hashtag #DedikasiRaya

4.Bolehkah saya sertai peraduan ini jika saya tidak membalas kepada siaran Tesco #DedikasiRaya tersebut? 
Tidak, untuk menyertai peraduan ini anda perlu membalas di ruangan komen siaran Tesco #DedikasiRaya. Penyertaan yang tidak membalas di ruangan komen siaran Tesco #DedikasiRaya akan dianggap sebagai tidak sah dan tidak layak untuk menyertai peraduan ini. 

5.Bolehkah saya hantar penyertaan untuk peraduan ini lebih daripada satu kali?
Ya, anda boleh menyertai seberapa banyak kali untuk peraduan ini.

6.Bagaimana caranya untuk saya tahu jika saya menang?
Tesco Malaysia akan menghubungi anda melalui laman rasmi Facebook Tesco Malaysia jikalau anda adalah pemenang peraduan ini. Anda hanya perlu menglengkapkan informasi anda apabila dihubungi dan dan pihak kami akan mengaturkan prosedur seterusnya. 

 


Terma dan Syarat Peraduan #DedikasiRaya Kisah Rasa Sayang Tesco

Cabaran Memasak #DedikasiRaya Kisah Rasa Sayang Tesco (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Tesco Malaysia (“Penganjur”). Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju untuk terikat serta mematuhi terma dan syarat, yang akan terikat dan membentuk perjanjian yang sah di antara anda dan pihak Penganjur. Penganjur berhak untuk memindah, menambah atau mengeluarkan mana-mana terma dan syarat mengikut budi bicara tanpa sebarang notis. 

 

Tempoh Peraduan: 

  1. Peraduan ini akan bermula dari tarikh 27 April 2020 dan tamat pada 31 Mei 2020.
  2. Pihak penganjur boleh melanjutkan tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis mengikut budi bicara tunggal dan mutlak
  3. Peserta mestilah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah (NRIC) nombor (12-digit) dan mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tempoh penyertaan.
  4. Orang/entiti yang tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ini:

(i) Pekerja tetap dan / atau pekerja sambilan Pihak Penganjur (dan berkaitan dengan syarikat berkenaan) dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, 

adik-beradik dan suami isteri masing-masing); dan 

(ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan pihak pengurusan 

peraduan) pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing ) 

 

Penyerahan peraduan : 

Untuk menyertai peraduan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut :

 

Langkah 1 : Di ruangan komen siaran Tesco #DedikasiRaya, kongsikan satu gambar masakan kegemaran anda sempena Ramadan Raya ini.

Langkah 2 : Dalam ruangan komen yang sama, nyatakan dalam tulisan kepada siapa anda ingin mendedikasikan juadah tersebut dan kenapa

Langkah 3 : Dedikasi anda harus diikuti dengan hashtag #DedikasiRaya

 

Hadiah : 

Lima (5) Penyerahan yang terbaik ataupun yang paling kreatif akan menerima hadiah Baucar Tunai Tesco yang bernilai RM500.

 

Kriteria Kelayakan 

  1. Semua penyertaan perlu dihantar dalam tempoh tarikh kelayakan
  2. Pihak penganjur akan mengumumkan pemenang peraduan dengan menyiarkan nama-nama mereka di laman Facebook Tesco Malaysia pada 15 Julai 2020.
  3. Pihak penganjur akan tag pemenang di ruangan komen pada pos pengumuman pemenang. Ini tertakluk kepada tetapan privasi / tagging pemenang di Facebook. Pemenang juga dikehendaki untuk menghantar mesej peribadi kepada Instagram Tesco Malaysia dengan butiran berikut:

    (i) Nama penuh 

    (ii) No. Kad Pengenalan 

    (iii) No. Telefon Bimbit 

    (iv) E-mel 

    (v) Alamat Rumah 

  4. Pemenang harus menyediakan maklumat yang dikehendaki penganjur dalam tempoh 14 hari selepas pemberitahuan
  5. Pemenang harus memilih Tesco yang terdekat untuk pungutan hadiah. Penganjur akan menghubungi pemenang untuk pengesahan.
  6. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh Peraduan. Pemenang mesti menebus hadiah sebelum 31 August 2020
  7. Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu dan semua hadiah tidak boleh ditukar milik kepada individu lain dan tidak boleh dirunding
  8. Sekiranya atas apa jua sebab pemenang tidak bertindak balas terhadap pemberitahuan yang telah dibuat dalam tempoh yang telah diberikan, hadiah akan dibatalkan. Penganjur tidak akan membayar ganti rugi atau memberi pampasan atau memberikan sebarang masa lanjutan terhadap pemenang
  9. Semua hadiah yang diberikan adalah dalam keadaan sedia ada dan tidak boleh ditukar, dipindah milik, atau ditukar dengan wang tunai, kredit , barangan lain atau baucar sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya
  10. Pihak penganjur tidak akan membuat sebarang jaminan atau representasi dalam apa jua perkara berkaitan dengan hadiah dan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua isu dan / atau kerosakan yang berlaku
  11. Semua pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan / atau kos lain, yuran dan / atau berkaitan dengan perbelanjaan yang terlibat dalam peraduan adalah tanggungjawab sendiri pemenang
  12. Sekiranya pihak penganjur dikehendaki menghantar / kurier hadiah kepada pemenang, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap hadiah yang tidak diterima atau kerosakan yang berlaku ketika proses penghantaran. Tiada penggantian dan / atau penukaran hadiah yang akan dilayan

 

Terma dan syarat lain: 

  1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk (i) menggunakan nama dan / atau gambar sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan / atau publisiti ; dan / atau (ii) untuk mendedahkan butiran kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan / atau rakan kongsi yang terlibat dengan pihak penganjur untuk tujuan peraduan dan / atau mana-mana kaji selidik untuk memahami tingkah laku pembelian peserta
  2. Bagi peserta bawah umur ataupun yang individu yang tidak sah untuk membuat persetujuan, peserta dikehendaki untuk mengesahkan bahawa mereka adalah ibu bapa / penjaga yang sah untuk kanak-kanak bawah umur tersebut dan memberikan persetujuan mereka dalam penyertaan ini serta bersetuju untuk segala proses maklumat peribadi mereka yang mengikut terma dan syarat peraduan.
  3. Keputusan penganjur dalam setiap perkara yang berkaitan dengan peraduan ini adalah muktamad dan terikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian bagi menafikan keputusan penganjur tidak akan dilayan.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, anda juga mengakui dan faham bahawa promosi ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir atau dikaitkan dengan Instagram mahupun Facebook.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui mesej di Facebook di halaman Facebook Tesco Malaysia pada Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang


27/4/2020 31/5/2020