Bahan-bahan:
1.2 kg Ayam, dipotong 5cm
1 ½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 cawan Minyak masak
2 biji Bawang besar, dihiris tebal
Bahan A (dikisar lumat)
5 biji Cili merah, dihiris
6 ulas Bawang putih, dihiris
4 cm Halia, dihiris
¼ cawan Air
Bahan B
240 ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
½ cawan Sos Tomato Kimball
1 cawan Air
Cara Memasak:
1.
Lumur ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
2.
Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran 1/3 cawan saja dalam kuali. Goreng bawang sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
3.
Masukkan Bahan A ke dalam kuali dan goreng atas api perlahan selama 10 minit atau naik bau. Tambah Bahan B dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan masak ayam dalam
api sederhana selama 10 minit.
4.
Campur bawang dan masak selama 5 minit lagi