Recipes

It's more than just a bunch of ingredients. We know that the meals we make for those we love matter. Discover Food Love Stories, brought to you by Tesco.

AIR CENDOL GULA MELAKA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 liter santan - dari 1 biji kelapa (lebihkan jika suka pekat lagi)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit garam 
  • Cendol pandan – secukupnya (toskan airnya)
  • Rebusan kacang merah - secukupnya
  • Jagung Ala Krim
  • Sirap gula melaka - secukupnya
  • Ketulan ais  - secukupnya

Cara-cara menyediakan dan memasak:

  1. Santan, daun pandan dan garam dimasak hingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
  2. Sediakan bekas minuman, isikan secukup kacang merah, jagung serta cendol dan tuangkan santan secukupnya lalu tuangkan juga sirap gula melaka secukup rasa. 
  3. Isikan dengan ketulan ais. (Kalau ada ais parut lagi enak) 
  4. Hidangkan ketika dingin.
Shop Ingredients