Return Policy

Polisi Pemulangan


Jika anda tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, anda bolehlah memulangkan barangan tersebut di mana – mana cawangan Tesco di Malaysia. Barangan tersebut mestilah dipulangkan di dalam bungkusan asal berserta resit asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian untuk *ditukar ganti atau*pengembalian wang.


Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai untuk:

  1. Barangan Elektrik (sila rujuk kepada polisi barangan elektrik di kaunter khidmat pelanggan atau kaunter elektrik);
  2. Makanan segar dan beku;
  3. Pakaian dalam;
  4. Kamera;
  5. Telefon mudah alih;
  6. Peralatan mencetak seperti pengimbas, mesin cetak dan faksimili;
  7. Barangan penghabisan stock

Untuk maklumat lanjut berkenaan polisi pemulangan kami, sila dapatkan nasihat daripada pegawai khidmat pelanggan kami.


*Tertakluk kepada terma & syarat



Barangan Elektrik

Jenama A & B:

Sony, Philips, Panasonic, Samsung, LG, Toshiba, Electrolux, Sharp, Sanyo, Kenwood, Elba, Khind, Pensonic, Haier, Faber, Mistral, Moulinex, Tefal, Cornell, Princess, Hisense


Jenama C & Jenama Tesco:

Global, Isonic, Sonic, Pentec, Hitec, Mastar, GC, Wirata, MAG, Oplus, Takada, Amber, Crystal

Pertukaran barang dan pemulangan wang tidak sah untuk semua jenama A, B dan barang konsainan,


Polisi pemulangan dalam 7 hari TIDAK TERMASUK barangan elektrik

Jika barang elektrik anda mengalami kerosakan dalam 1 tahun dari tarikh belian, sila bawa resit asal dan kad jaminan. Kami akan membantu dengan memberikan maklumat pembekal untuk pembaikan. Untuk barangan jenama A & B, pertukaran barang / Pemulangan wang tidak dibenarkan. Untuk pembaikan barangan jenama A & B, sila rujuk Pada pusat khidmat pelanggan jenama berkaitan.

Barangan terpilih boleh ditukar dengan barang yang serupa jika dikembalikan dalam bungkusan asal dengan resit asal (tertakluk pada terma dan syarat).

Pertukaran barang dan pemulangan wang tidak sah untuk unit paparan, kamera, telefon bimbit, komputer peribadi, peralatan percetakan, pengimbas, mesin faks atau produk IT.

Produk terpilih boleh diuji sebelum membuat pembayaran.


*Untuk hubungan lanjut, sila hubungi kakitangan bahagian elektrik kami.